Monday, 13 June 2011

Tolong Beritahu Si Dia


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia
, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia
, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia
, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia
,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia
, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia
, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia
, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia
. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia
. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia
. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia
, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia
, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia
, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia
. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia
. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia
, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia
, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia
, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia
, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya
. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya
. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
T
olong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia
. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia
. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia
, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia
. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia
,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia
, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..


Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….





No comments:

Post a Comment